buka mata tengok siling je ada kipas. bila sejuk pagi-pagi tu,sanggup bangun slowkan kipas,pastu baring tarik selimut balik sambung tidur. yg pelik tu, still tak mahu offkan kipas tu.sudahnya, lambat masuk lecture first sebab syok sangat tidir bawah kipas sebab nyaman…
bila makan, tengok kicap pun ade kipas yakni kipas udang. makin sedap nasi jadinya, siap ada yang beli sorok dalam locker kat bilik. makan nasi beli kat mak jah rasa tak tercukup-cukup,dah habis nasi, sampai menjilat jari. kalau org utara tu, laksa pun makan tambah kicap kipas udang…
dalam laptop bunyi kipas pusing. pastu kan, masa pc fair pon semua yang pergi macam nak beli kipas laptop, lagi banyak kipasnya [dan murah], lagi hebat kan. kalau tak ada pc fair kat klcc tu, pantang ada yang menyebut nak pergi low yatt, mesti ada yang suruh survey harga laptop fan yang paling banyak kipas. taj cukup empat, kalau ada yang enam kipas, lagi best kerja-kerja mendownload dan main game…
dulu-dulu, time zaman panjat class tinggi-tinggi masa foundation, sampai-sampai je, tak sempat-sempat nak suruh sangeetha (dan org2 yg duduk dekat suis kipas di kelas2 lain amnya) onkan kipas. sekarang bila dah ada aircond, bila rasa aircond je, masing-masing “waaahhhh,heavennye…” tapi kalau aircond rosak, semua sibuk keluarkan buku paling besar dan nipis nak kipas diri sendiri…
kipas oh kipas
bila cakap kipas, yang terbayang di benak orang kebanyakan mesti mengampu.kenapa eh? irr pelik. dan masih juga pelik. dulu, irr pernah dengar carta era masa on the way pergi tamu dekat kota kinabalu, artis jemputan masa itu kumpulan flava, recording astist under kru records. aznil dan nana kecahkan isu kipas boss. kenapalah kipas dipandang dari sudut negative ye?
mari, irr nak ajak anda semua view subject matter KIPAS ini dari sudut perspektif irrina sanusi).
pada irr, kipas mwmbawa satu erti makna yg sangatlah unik. dan ia adalah antara salah satu ciptaan manusia yang terunggul. HEBAT GILA! i like! dan pada irr, kipas ni membawa sebuah pengertian…
perlambangan yang first, kipas ni kalau kita tengok dari sudut fizikalnya, tak kira berapa blade dia, setiap blade sama bentuk. bukan bentuk sahaja, berat dia, tebal dia, semuanya sama. kenapa perlu sama? sebab nak bagi dia stabil la kan. kalau satu blade ada teserpih even sikit pun mesti kipas boleh jadi gelong kalau kita onkan dia. pastu nanti dia rosak. kene beli baru. mahal tu, tambah pulak lagi kos nak pegi kedai jual kipas tu, minyak da la mahal sekarang. kat sini kita dapat lihat yang setiap blade kipas tu memainkan peranan yang penting kan. peranan yang penting dan equal. betul tak? kita manusia pun kena mcm tu juga kan. ada peranan masing-masing, at one time kita akan rasa macam tak equal, tapi sebenarnya, Allah itu maha adil, mungkin bila peranan yang kita dapat sekarang tak mudah, maybe sebab dulu-dulu kita dah pernah dapat yang mudah waktu orang lain buat yang tak mudah dan peranan tu kita mainkanlah ikut kelajuan yang ditetapkan, sama pace dia dengan orang lain, jgn bertangguh-tangguh dan jangan pula terover excited sampai cepat sangat. kan harmoni tu…
perlambangan yang kedua,pada irr la kan,kipas ni mcm shield tau. ye lah, kalau yak percaya kan, cuba test hulur jari masa kipas tu tengah berpusing. ada berani? lu pikir sendiri la kan. kalau ade yg berani tu, irr S*A*L*U*T*E la! contoh kecil ni pun dah menampakkan yang kipas ni sangat protective terhadap diri sendiri kan. dan dengan itu juga, kita boleh jumpa kipas ni dalam blender mak kita kat dapur kan. power siot! lumat bawang tu dia kerjakan. so bayangkan pula kita ni sebuah kipas. aku sebuah kipas [macam karangan autobiografi kita buat masa dulu-dulu]. bayangkan, bayangkan. best ke tak best? org tak berani dekat! sbb kita power! jadi, dari point satu dan point dua ni, kalau kita gabungkan, nampak tak simboliknya sekarang? kita harmoni sesama kita dan kita tak mudah dirungkai pihak ketiga. hebat! [hehe…terasa hebat sorang2 plak]
perlambangan ketiga pula , cuba jawab,apa itu turbin? jawab! haa..tahu ke tak tahu? mesti la tahu kan, kanak-kanak millenials kan semuanya hebat. turbin ni camna dia berfungsi? dia berpusing kan? macam kipas. tak pun dia macam kincir. ada betul kah? lebih kurang la kan. function turbin ni ialah untuk menjana tenaga. so dah nampak tak how these things link? kita mula balik karangan tadi, aku sebuah kipas. aku berupaya menghasilkan tenaga untuk menggerakkan apa yang perlu digerakkan. so, kaitannya di sini, kalu kita semua adalah sebuah kipas, nampak tak betapa hebatnya kita. dah la senada seirama [dengan satu kelajuan], dah tu kebal pulak tu. tambah lagi kita ni productive. best kan…
keempat pula, mari kita masuk dapur sekejap. anda pernah tengok hood dapur? hood dapur pacific? pernah? dalam hood dapor tu ada kipas. guna dia adalah untuk menyedut semua asap yang diproduce oleh gorengan atau gulaian atau masakan kita. [lapar la plak] tak ke bagos tu?fungsi yang berikutnya, ia membuang segala ke'hampeh'an yang wujud. kalau kita ni kipas, hebat kan. kita boleh buang anasir-anasir yang tak berapa diperkenankan oleh majlis raja-raja[raja mazuin,rajagopal etc]. bak kata semua org yang pernah belajar untuk ambil paper bahasa melayu la kan, buang yang keruh, ambil yang jernih.
penat la pulak tulis banyak ni. last la ni. kipas boleh didapati berfungsi dengan baiknya dalam kebanyakkan bilik di asrama pantai puri. apa fungsinya? [ni kira fungsi utama kiranya la] ia memberi kenyamanan kepada pengguna-penggunanya. sebab itu lah dia bestkan. memang lah kalau ada aircond lagi best [tapi dalam aircond pun ada kipas apa!] tapi bila back to basic [tak lah basic sangat pun] kipas memang very refreshing kan. sini lah kita boleh buat deeds yang menyenangkan orang lain especially saudara mara rakan taulan.
To conclude, gabungkanlah sendiri kelima-lima point di atas tu dan ayuh! ayuh kita menjadi sebuah kipas!